Wednesday, July 18, 2007

Satu Nafas Melangkah Memberdayakan Umat

Bergambar kenang-kenangan di belakang kain rentang besar Temu Pemuda Serantau 1 berdekatan dengan Wisma Puas Kaliurang,Yogyakarta,Indonesia

Masjid Mangsa Gempa Bumi binaan YPU


Ini surau sementara yang dibina oleh Yayasan Pembangunan Ummah pimpinan Tuan Hj.Anuar Tahir di (......)hasil kutipan dermawan di Malaysia

Thursday, July 12, 2007

Program Bantuan Pkpim untuk Mangsa Banjir di Pagoh, Johor 5- 7 Januari 2007



PKPIM dengan kerjasama ABIM dan GPM telah menghantar sukarelawan muda untuk membantu mangsa banjir di Pagoh, Johor. Mereka yang terdiri daripada mahasiswa UIAM, UM, UKM dan ramai lagi telah menunjukkan sikap yang bertanggungjawab membantu masyarakat.

Latihan Penda'wah dan Aktivis Islam (LAPIS) 07, PKPIM, Sg. Cincin Gombak, 17- 19 Feb 2007



Majlis Da'wah dan Pembangunan Insan (MDPI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengadakan Latihan Penda'wah dan Aktivis Islam 07 di Masjid Sg. Cincin Gombak pada 17- 19 Feb 2007. Program bertujuan membina daie' dan fasilitator yang berwibawa telah digabungkan. Seramai 50 orang wakil pimpinan kampus telah hadir sebagai peserta.

South East Asia Region Leadership Training, di International Youth Center (IYC) Cheras, Kuala Lumpur



PKPIM, ABIM dan IIFSO SEA Region telah mengadakan Latihan Kepimpinan dan Mesyuarat di IYC Cheras. Perhimpunan ini mengumpulkan peserta dari Singapura, Indonesia, Sri Lanka, Kemboja dan dari negara- negara Asia Pasifik. Bertujuan merangka kerjasama strategik dan mengeratkan perhubungan sesama gerakan

Kempen Tak Nak Merokok!



PKPIM bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kempen Tak Nak Merokok! di Pasar Seni Kuala Lumpur, pada 19 Mei 2007, Sabtu. Kempen ke arah mewujudkan kesedaran merbahaya merokok ini telah menarik ramai pengunjung.

Mukhayyam Qiadah Kebangsaan 2007, Derang, 25- 27 Mei 2007



PKPIM telah mengadakan Mukhayyam Qiadah Kebangsaan di Ma'had Tarbiah Islamiah Derang, Alor Setar pada 25- 27 Mei. Bekerjasama dengan PERSIDA dan ABIM Kedah, mengumpulkan saf kepimpinan seluruh negara.

Kursus Pandangan Hidup Islam-Siri ke 6


KPHI Siri 6 dibentangkan oleh Dr. Sani Badron, Fellow Kanan IKIM.Tajuk kuliah, "Ma'na dan Pengalaman Kebahagiaan". Beliau dahulunya Sarjana Penyelidik ISTAC, pengkhususan mengkaji pemikiran Ibn 'Arabi. Prolifik menulis di akhbar perdana.